Tasik Kenyir di Terengganu merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di Malaysia. Sebagai sebuah tasik buatan terbesar di Asia, ia menggamit kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara. Kehadiran pelancong di sana menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ekonomi merupakan salah satu aspek yang membawa kesejahteraan keluarga. Justeru itu, timbul persoalan sejauh manakah pembangunan pelancongan di Tasik Kenyir menyumbang kepada keperluan dan kesejahteraan penduduk di sana. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis tahap kepentingan sesuatu indikator itu dan tahap kepuasan serta Indeks Kesejahteraan bagi 510 ketua keluarga di sekitar Tasik Kenyir yang dipilih sebagai responden. Ukuran yang digunakan ialah lapan indikator iaitu keluarga, pendidikan, kerohanian/keagamaan, kegiatan sosial, pemakanan/ pakaian/kesihatan, peranan agensi kerajaan, gender dan kewangan. Dapatan menunjukkan tahap kepentingan utama komuniti Tasik Kenyir berkisar pada indikator keluarga dan pemakanan/pakaian/kesihatan di mana min bagi kedua-dua aspek berkenaan adalah 3.84 daripada 5.00. Seterusnya indikator-indikator keperluan yang menjadi kepentingan bagi komuniti Tasik Kenyir ialah kewangan, kegiatan sosial dan kerohanian, pendidikan, peranan agensi dan gender. Dari segi tahap kepuasan pula, tahap kepuasan tertinggi bagi komuniti Tasik Kenyir ialah indikator keluarga, kegiatan sosial, kerohanian/keagamaan, pendidikan, gender, kewangan, pemakanan/ pakaian/ kesihatan dan peranan agensi. Analisis tahap kepentingan dan tahap kepuasan menjelaskan aspek gender dan keluarga mempunyai jurang perbezaan yang paling rendah, satu petunjuk yang positif. Perbezaan yang tinggi di antara min tahap kepentingan dan min tahap kepuasan adalah pada indikator peranan agensi kerajaan, pemakanan/pakaian/kesihatan dan kewangan. Ketiga-tiga indikator ini perlu diberi perhatian kerana dapatan menunjukkan ketiga-tiganya memang mempunyai tahap kepentingan yang tinggi namun dari segi tahap kepuasan responden terhadap ketiga-tiga berkenaan adalah rendah. Ini menunjukkan penambahbaikan perlu dibuat pada ketiga-tiga indikator berkenaan. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pelbagai pemegang taruh dalam memperkasakan ekonomi keluarga di Tasik Kenyir.
Kenyir Lake or Tasik Kenyir in Terengganu is one of the famous tourist destinations in Malaysia. As Asia's largest artificial lake, it attracts tourists from within and outside the country with proceeds from tourism contributing to the nation's economic growth. Economic development is one aspect that contributes to family well-being among the community there. This raises the question of the extent to which tourism development around Tasik Kenyir contributes to the economy of the surrounding population. This article examines the level of need and satisfaction with regard to economic issues for 510 heads of households living around the Kenyir Lake. It examines the degree of need and satisfaction as well as the well-being index of these families. The level of need and satisfaction is measured by using eight indicators: family, education, spiritual/religious activities, social activities, nutrition/clothing/health, the role of the organization, gender and finance. The results show that the most important need among the community there is family and nutrition/clothing/health, where the average for both indicators is 3.84 out of 5.00. Other needs expressed by the Kenyir Lake community include funding, social, spiritual/religious activities, education, agency roles and gender. The highest level of satisfaction for them are with regard indicators on the family, social activities, spiritual/ religious, education, gender, finance, nutrition/clothing/health and the role of government agency. The community there seems to have a certain level of satisfaction on both indicators of gender and family. The most significant differences between the mean level of need and the degree of satisfaction are with regard to the role of government agencies, nutrition/clothing/ health and of finance. It suggests that improvements should be made on all three indicators. The results of this study should assist various stakeholders involved in strengthening the family economy in Tasik Kenyir.