透過您的圖書館登入
IP:18.117.111.245
  • 期刊

Ruang Terbuka Hijau dan Bandaraya Berdaya Huni: Kajian Kes di Dua Taman Awam Bandaraya Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia

摘要


Makalah ini membincangkan peranan ruang terbuka hijau (RTH) ke atas pencapaian konsep bandaraya berdaya huni di Bandar Makassar, ibu kota provinsi Sulawesi Selatan, yang merupakan salah sebuah daripada sepuluh buah bandaraya terbesar di Indonesia. Data yang digunakan adalah dari dua RTH awam iaitu Taman Macan dan Lapangan Karebosi dari segi pemanfaatan nya oleh masyarakat Bandar Makassar. Selain melakukan pemerhatian, pengkaji menggunakan instrumen penyelidikan dalam bentuk panduan temu bual mendalam yang dilakukan pada 50 informan pengguna RTH pada tahun 2016. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa penggunaan RTH awam di Bandar Makassar menyokong pencapaian bandaraya berdaya huni khasnya dari segi peranan RTH sebagai ruang interaksi sosial. Hal ini disokong oleh aksesibiliti yang mudah dan kebebasan beraktiviti. Seterusnya peranan RTH Awam dalam pengembangan interaksi sosial ialah menumbuhkan interaksi asosiatif dengan adanya perhubungan antara masyarakat tanpa adanya konflik atau pertelingkahan. Keterlibatan masyarakat dari berbagai-bagai status sosial, jantina, usia, kelompok etnik dan budaya tidak menimbulkan kesenjangan.

並列摘要


This paper discusses the role of green open spaces in ensuring Makassar - the provincial capital of South Sulawesi and one of the 10 biggest cities in Indonesia - achieve a liveable city status. Data was collected from two public parks in the city, namely Taman Macan and Lapangan Karebosi in terms of their usage by city dwellers. Besides observations, the researcher conducted in-depth interviews in 2016 with 50 informants who frequented the parks. The findings show that the parks play an important role in making Makassar a liveable city from the perspective of them being open spaces for social interaction. This is due, among others, to their easy access and freedom of activity there. The parks are spaces where members of the public could engage in associative or positive interactions with each other without conflicts or misunderstandings. Although members of the public who frequent the parks come from all walks of life, different sexes and social statuses, generations, ethnic groups and cultural backgrounds, it does not create divisions or gaps between them.

延伸閱讀