透過您的圖書館登入
IP:18.119.172.146
  • 期刊

Jatuh Bangun Parti Islam Semalaysia (PAS) Pasca Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Kelantan 1978

摘要


Selepas Pilihan Raya Umum 1959, PAS berjaya memerintah negeri Kelantan apabila parti berlambangkan Islam itu berupaya memenangi 28 daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri. Pemerintahan PAS di Kelantan telah mencetuskan persaingan politik yang serius antara PAS dan UMNO. Kedua-dua parti itu telah menjadikan Kelantan sebagai medan pertarungan dan meningkatkan persaingan politik mereka. Namun begitu, persaingan PAS-UMNO mulai reda apabila berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969, membolehkan kedua-dua parti itu mengadakan beberapa rundingan seterusnya membentuk kerjasama, seterusnya menghasilkan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan (1973-1974) dan kemudiannya Kerajaan Barisan Nasional pada 1974. Namun, penyertaan PAS dalam Barisan Nasional hanya mampu bertahan selama tiga setengah tahun, apabila berlaku kemelut politik yang menyebabkan parti itu disingkirkan daripada komponen tersebut. Penyingkiran itu menyebabkan PAS kehilangan Kelantan, apabila parti itu mengalami kekalahan teruk di dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1978 dengan hanya memenangi 2 kerusi DUN. Ekoran kekalahan teruk itu pimpinan PAS Kelantan dirombak; seterusnya PAS mengadakan beberapa kegiatan politik untuk menyakinkan kembali masyarakat Kelantan kepada perjuangan mereka. Hasilnya PAS Kelantan telah Berjaya bangkit daripada kekalahan paling memalukan di dalam sejarah parti tersebut.

並列摘要


After the 1959 general election PAS had successfully ruled Kelantan when the Islamist party managed to win 28 of the 30 state legislative assembly seats. PAS' rule in Kelantan had sparked a serious political rivalry between PAS and UMNO. Both parties turned Kelantan into a political battlefield, by escalating their competition. The PAS-UMNO skirmishes, however, were brought under control following the May 13, 1969 incident, enabling both parties to negotiate and formed the coalition government between PAS and Perikatan (1973-1974) and later the Barisan Nasional in 1974. PAS' participation in the Barisan Nasional lasted only for three and a half years when a new political struggle ensued, resulting in PAS being expelled from the BN, that led to PAS losing Kelantan, PAS performed very badly in the 1978 election in when the party only managed to win two seats in the Kelantan state legislative assembly. Following its major defeat, PAS' top leadership in the State was reshuffled. The party embarked on a series of political activities to win over the people of Kelantan to their struggle. As a result, Kelantan's PAS was able to rise anew from the most humiliating defeat in the party's history.

延伸閱讀