透過您的圖書館登入
IP:18.118.200.197
  • 期刊

Perusahaan Tenun Sutera Mandar Sulawesi Barat, Indonesia: Faktor Penyumbang dan Cabaran Penglibatan Komuniti

Silk Weaving among the Mandar Community in West Sulawesi, Indonesia: Contributing Factors and Challenges of Community Participation

摘要


Sulawesi Barat adalah salah satu wilayah penghasil sutera di Indonesia. Kegiatan perusahaan sutera telah lama menjadi sebahagian dari kehidupan sosial budaya masyarakat tempatan yang telah dijalankan dari generasi ke generasi. Yang paling terkenal di wilayah ini ialah Tenun Sutera Mandar (Lipaq Saqbe), sebuah industri kraftangan yang diwarisi dari kearifan dan amalan masyarakat Mandar. Catatan penyelidikan ini bertujuan untuk menerangkan faktor dan cabaran yang menyumbang dalam mengembangkan pengeluaran kain tenun sutera Mandar (Lipaq Saqbe) di daerah Kabupaten Polewali Mandar. Data primer diperoleh melalui tinjauan di antara 120 reposiden, wawancara tatap muka dan perbincangan kumpulan fokus (FGD), sementara data sekunder diperoleh dari dokumen, artikel, dan buku pemerintah. Kajian menunjukkan bahawa tenunan sutera Mandar secara umum telah menurun dengan penurunan minat dan penglibatan masyarakat terutama di sektor huluan. Di sektor hiliran, masih terdapat banyak tukang tenun sutera Mandar yang bekerja secara aktif dan permintaan terutama di kalangan pengguna domestik adalah kuat.

並列摘要


West Sulawesi is one of the silk-producing provinces in Indonesia. Silk enterprise activity has long been part of the socio-cultural life of the local community which has been carried out from generation to generation. The most well-known in the province is the Mandar Silk Weaving (Lipaq Saqbe), a handicraft industry inherited from the local wisdom and practices of the Mandar community. This research note aims to describe the contributing factors and challenges in developing the production of Mandar silk woven fabric (Lipaq Saqbe) in the Polewali Mandar Regency area. Primary data is obtained through a survey among 120 reposndents, face-to-face interviews and focus group discussions (FGD), while secondary data is obtained from government documents, articles and books. The study shows that Mandar silk weaving in general has declined with a decline in community interest and involvement especially in the upstream sector. In the downstream sector, there are still many Mandar silk weaving craftsmen who work actively and demand especially among domestic users is strong.

延伸閱讀