透過您的圖書館登入
IP:18.119.131.72
  • 期刊

Angkatan Gaya Baru (AGABA): Peranan dan Cabaran dalam Memperjuangkan Bahasa dan Seni Budaya di Sabah, Malaysia

Angkatan Gaya Baru (AGABA): Its Roles and Challenges in the Struggle to Uphold the Language, Culture and Arts in Sabah, Malaysia

摘要


Makalah penyelidikan ini bertujuan mengetengahkan peranan dan cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan sosio-budaya di Sabah iaitu Angkatan Gaya Baru (AGABA) dalam memartabatkan kebudayaan tempatan, mendaulatkan bahasa kebangsaan dan meletakkan peranan wanita Sabah ke hadapan melalui wadah pertubuhan sosial. Munculnya kesedaran sosial dan politik yang dimainkan oleh aktor-aktor gerakan sosial telah menyumbang kepada perkembangan organisasi pertubuhan di Sabah. Namun dalam proses tertentu, cabaran pasti ditemukan. Kemunculan AGABA pada tahun 1958 yang mendukung pendirian kebangsaan menemukan cabaran bagi mempraktikkan perjuangannya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Sabah. Malahan pertubuhan-pertubuhan sosial dan politik yang muncul di Sabah sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi turut mendapat cabaran daripada pelbagai pihak khususnya kerajaan kolonial British dan masalah di peringkat dalaman organisasi itu sendiri. Oleh itu, dalam makalah penyelidikan ini, penyelidik berusaha untuk menelusuri peranan AGABA dan memperihalkan cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan tersebut dalam menjalankan pemurnian terhadap aspek sosio-budaya di Sabah. Penelusuran sejarah dalam makalah ini menggunakan sumber-sumber primer yang terdiri daripada dokumen pertubuhan dan akhbar tempatan seperti Daily Express, Kinabalu Times, North Borneo News & Sabah Times pada masa itu.

並列摘要


This research note aims to examine the roles played, and challenges faced by Angkatan Gaya Baru (AGABA) as a socio-cultural organization in Sabah in promoting local culture, upholding the status of the national language and advocating the roles of Sabah women in the social development process. The emergence of social and political awareness through social movement and its actors has contributed to the development of numerous organizations in Sabah. There were various challenges faced by these organizations along the journey. For instance, AGABA that was established in 1958 with its objective to promote national identity encountered many challenges in the multi-ethnic community setting in Sabah. In fact, most of the social and political organizations that emerged in Sabah before World War II (WW2) also faced such challenges from various parties, particularly from the British colonial government besides internal problems within the organization. Therefore, in this research note, the author attempts to investigate the roles of AGABA and the challenges faced by it in addressing the socio-cultural aspects of Sabah. The reference sources for this paper are primary sources, consisting of documents produced by the organization besides the local dailies in Sabah such as the Daily Express, Kinabalu Times, North Borneo News and Sabah Times.

延伸閱讀