透過您的圖書館登入
IP:3.19.56.45
  • 期刊

Pemerdagangan Orang di Malaysia: Jurang Pelaksanaan Dasar dalam Mencapai Matlamat Strategik

Trafficking in Persons in Malaysia: Gaps in Policy Implementation in Achieving Strategic Goals

摘要


Fenomena pemerdagangan orang yang dikaitkan dengan globalisasi dan peningkatan pergerakan manusia telah menjadi fokus oleh dunia dan Malaysia sejak sedekad yang lalu. Ia juga disebut sebagai perhambaan era moden yang mana fenomena ini telah mendorong perkembangan pesat dari segi kajian, pengenalan undang-undang anti-pemerdagangan orang, serta penyediaan jentera birokrasi dan sumber kewangan yang besar. Aspek pelbagai yang berkaitan pula adalah jenayah, pencabulan hak asasi manusia, keselamatan sempadan sesebuah negara, ancaman kepada keselamatan insan yang semuanya mempunyai implikasi serius terhadap pembangunan negara dan rakyat. Kebimbangan terhadap jenayah pemerdagangan orang mendorong pelbagai negara seperti Malaysia untuk menangani isu pemerdagangan orang secara strategik melalui pelbagai pendekatan. Artikel ini memberi penekanan terhadap pengalaman birokrat Malaysia dalam melaksanakan matlamat strategik berteraskan tiga elemen utama iaitu pendakwaan, perlindungan dan pemulihan serta pencegahan. Kajian yang menggunakan dokumen primer serta kaedah temu bual mendapati lima cabaran besar iaitu penyelarasan yang lemah, ketidaksepadanan sumber dan kewangan, pengaruh struktur dan birokrasi, isu integriti, serta kurang pengetahuan dan kepakaran yang menjadi penghalang kepada pencapaian matlamat yang ditetapkan. Dengan pengenalpastian cabaran ini, artikel ini mengemukakan cadangan khusus untuk memperkemaskan undang-undang dan pelan untuk membanteras pemerdagangan orang di Malaysia.

並列摘要


The phenomenon of human trafficking, a phenomenon related to globalization and increased movements of people, has been the focus of the world and Malaysia for the past decade. The prevalence of human trafficking which is also referred to as the modern-day slavery, has induced lots of research, the introduction of anti-trafficking laws, and the outlay of massive bureaucracy and financial resources. Relevant multi-dimensional aspects are crime, human rights violations, border security, threats to human security, all having serious implications for the development of the country and the people. Concerns over the crime of human trafficking have pushed various countries, including Malaysia, to address the issue of human trafficking strategically through various approaches. This paper emphasizes the experience of Malaysian bureaucrats in implementing strategic goals based on three main elements: prosecution, protection and rehabilitation, and prevention. The results of the study involving primary documents as well as interviews show there were five significant challenges. Such challenges include poor coordination, mismatch of resources and finances, the influence of structure and bureaucracy, integrity, as well as lack of knowledge and expertise, all of which are barriers to the achievement of set goals. With the identification of these challenges, this paper provides specific recommendations for the improvement of the implementation and plans to combat human trafficking in Malaysia.

延伸閱讀