透過您的圖書館登入
IP:3.145.111.183
  • 期刊

Perspektif Komuniti Terhadap Pembangunan di Tasik Kenyir, Terengganu dan Peranan Agensi Pelaksana

Perspectives of the Community and the Role of Implementing Agencies Regarding Development in Tasik Kenyir, Terengganu

摘要


Komuniti setempat dan agensi pelaksana memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelestarian sumber alam semulajadi. Ini berlaku terhadap pembangunan di kawasan Tasik Kenyir dan kampong-kampung sekitarnya. Komuniti Tasik Kenyir pula merupakan komuniti yang menjalani kehidupan seharian dengan menjadikan unsur alam semulajadi di Tasik Kenyir sebagai sumber ekonomi utama mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah perspektif komuniti dan peranan agensi khususnya agensi kerajaan terhadap komuniti setempat di Tasik Kenyir dalam menjaga sumber semulajadi Tasik Kenyir supaya tetap lestari. Data diperolehi daripada 510 responden yang maklumbalas kepada tinjauan kuantitatif yang digabungkan dengan analisis kualitatif iaitu temu bual di samping data sekunder dari pelbagai dokumen. Hasil kajian menunjukkan komuniti memberi perhatian kepada empat kategori utama iaitu ekonomi, pembangunan fizikal, social dan keselamatan serta alam sekitar. Selain itu, tembual bersama pegawai agensi pelaksana memberi gambaran tentang peranan dan kedudukan agensi dalam pembangunan ini. Secara keseluruhannya, agensi yang terlibat telah menyediakan inisiatif dan peluang kepada penduduk setempat untuk menjana kegiatan ekonomi. Kajian ini bermanfaat khususnya kepada dan penggubal dasar dalam menjamin kelestarian alam semulajadi di Malaysia dengan mengambilkira perspektif masyarakat agar pembangunan yang mampan dapat diwujudkan.

並列摘要


Local communities and implementing agencies play an important role in ensuring the sustainability of natural resources. This is the case with the development in the Lake Kenyir area and its surrounding villages. The Tasik Kenyir community depends for their daily livelihood by making use of the elements of nature in Tasik Kenyir as their main economic resource. This study aims to find out the perspective of the community and the role of agencies, especially government agencies, with regard to the local community's involvement in maintaining the natural resources in Tasik Kenyir area to ensure their sustainability. Data for the study were obtained from 510 respondents based on a quantitative survey combined with qualitative analysis namely from interviews in addition to secondary data from various documents. The results show that the community pays attention to four main issues, namely economy, physical development, social and security issues as well as the environment. Interviews with officers of the implementing agencies provide an overview of the agency's role and position in the development programme. Overall, the agencies involved have provided initiatives and opportunities to the local community to generate economic activities. This study is particularly useful to policy makers concerned with ensuring the sustainability of natural resources in Malaysia by taking into account the community perspective towards sustainable development.

延伸閱讀