透過您的圖書館登入
IP:3.16.66.206
  • 期刊

Juragan Laut Dalam Industri Perikanan di Kelantan dan Terengganu, Semenanjung Malaysia

Deep Sea Skipper in the Fishing Industry in Kelantan and Terengganu, Peninsular Malaysia

摘要


Juragan merupakan pelaku penting dalam industri perikanan dengan peranan utamanya memimpin sesebuah kapal nelayan dan menjadi ketua memimpin krew dalam mengemudi dan menentukan kawasan tangkapan. Dalam proses penglibatan mereka dalam industri perikanan, suatu transformasi telah berlaku dari segi peranan mereka. Sebahagian daripada juragan ini bukan semata-mata ketua kapal ikan, tetapi mereka telah menjelma sebagai usahawan. Justeru kajian ini bertujuan meneliti bagaimana mereka berubah menjadi usahawan. Kajian ini dijalankan di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu di Kelantan dan Terengganu. Informan utama yang terlibat adalah seramai lapan orang iaitu lima di Kelantan dan tiga di Terengganu. Penemuan kajian menunjukkan juragan di Kelantan dan Kelantan telah 'bersara' daripada menjadi juragan. Tugas mereka sebagai juragan telah diambil alih oleh juragan lain yang diupah oleh mereka. Mereka kini dikenali sebagai juragan-pengusaha disebabkan mereka telah berevolusi menjadi pengusaha perikanan dalam industri perikanan. Perubahan yang berlaku dalam kalangan juragan-pengusaha merupakan satu perkembangan yang positif kepada industri perikanan negara dan sebagai contoh kepada komuniti nelayan itu sendiri.

並列摘要


'Juragan' (skipper) is an important player in the fishing industry whose principal role is to command a fishing vessel. They lead the fishing crew and determine the catchment area. During the process of their involvement in the fishing industry, a transformation has occurred with regard to their role whereby some skippers are not merely captains of a fishing vessel but they have also evolved into entrepreneurs. This paper aims to explore how this group of skippers have become entrepreneurs. This study was conducted in Kelantan and Terengganu on the east coast of Peninsular Malaysia, focusing on eight key informants, with five in Kelantan and three in Terengganu. The study found that these eight skippers have "retired" from their skipperage. Their role as a skipper has been taken over by others who are hired by them. Today, they are known as 'juragan-pengusaha' (skipper-entrepreneurs) as they have evolved into fishery entrepreneurs in their own right. The changes that have occurred among these key players are a positive development in the national fishing industry and they serve as a role model for the fishermen community itself.

延伸閱讀