透過您的圖書館登入
IP:3.145.54.199
  • 期刊

Propaganda Sebagai Strategi Pembendungan Ideologi Sosialisme dan Komunisme: Kajian Terhadap Parti Politik Kiri di Malaysia

Propaganda as a Containment Strategy against Socialism and Communism: A Study of Left Wing Political Parties in Malaysia

摘要


Propaganda merupakan strategi komunikasi yang efektif bagi kelas pemerintah untuk mempengaruhi pemikiran dan mengubah persepsi masyarakat dalam melumpuhkan pergerakan parti kiri di Malaysia. Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Buroh Malaya (PBM) dan Parti Komunis Malaya (PKM) diletakkan sebagai sasaran bagi maksud membina imej negatif yang ideologi dianutinya adalah musuh yang harus diperangi ketika berlangsungya Perang Dingin. Secara dasarnya, makalah ini dihasilkan untuk membincangkan fenomena penyaluran propaganda yang dijalankan rejim pemerintah dalam melemahkan parti sosialis dan komunis selepas era Darurat pertama 1960. Di samping itu, penulisan ini akan menilai impak propaganda yang disebarkan pemerintah telah memundurkan perkembangan parti kiri di Malaysia. Berpandukan kajian ke atas tiga organisasi politik berhaluan kiri, makalah ini menghujahkan perencanaan pihak berkuasa menentukan dan menguasai naratif sejarah menjadi factor parti sosialis sering digambarkan mempunyai persamaan dengan parti komunis. Gambaran di luar konteks sebenar sejarah aliran kiri sengaja ditimbulkan bagi melahirkan perasaan ketakutan di kalangan orang Melayu. Peningkatan perasaan takut ditanamkan melalui konstruk ketakutan merah, penggunaan simbol, warna, penyebaran risalah dan penghasilan filem untuk memupuk perasaan kebencian dan kejahatan terhadap kesemua parti kiri. Analisis dan penghujahan di dalam makalah ini didapati menerusi kajian kepustakaan dan penulis mengemukakan beberapa pembuktian sejarah daripada laporan akhbar.

並列摘要


Propaganda is an effective communication strategy for the ruling class to influence the thinking and change of perception of the people in weakening the leftist movement in Malaysia. Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Buroh Malaya (PBM) and Parti Komunis Malaya (PKM) have been targeted for the purpose of constructing a negative image that their ideology is an enemy to be fought during the Cold War. In essence, this paper is designed to discuss the propaganda phenomenon carried out by the regime in undermining the socialist and communist parties after the first Emergency era of 1960. In addition, this paper will assess the impact of propaganda propagated by the government that has delayed the development of the leftist party in Malaysia. Based on a study of three left-leaning political organizations, this paper argues that the planning authority of determining and dominating historical narratives as a factor of socialist parties is often described as having similarities with the communist party. Brief outside the context of the real history of the genre left intentionally raised to produce a feeling of fear among the Malays. The increase in fear was instilled through the construction of red fears, the use of symbols, colours, the spread of brochures and the production of films to foster hatred and evil against all leftist-parties. The analysis and conclusions in this paper have been obtained through a literature review and the authors provide some historical proofs from newspaper reports.

延伸閱讀